Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S

PENGENALAN BUNGA IXORA

Ixora, yang juga dikenali sebagai bunga jejarum atau siantan adalah daripada keluarga Rubiaceae. Bunga Ixora mempunyai sifat tajuk
bunganya yang panjang lampain dan saluran yang halus di kelopak bunga terbuka.
Terdapat tiga ( 3 ) jenis Ixora:-

Ixora Javanica - Mempunyai daun yang besar, tangkai daun yang ketara serta mempunyai hujung daun yang mengecil. Pokok yang besar dan cepat membesar serta mempunyai bunga yang besar dan cepat membesar serta mempunyai bunga besar. Bunganya berwarna merah, kuning, merah jambu dan jingga.
Ixora Coccinea - Mempunyai tangkai daun yang lebat sertadaunya yang sederhana lebar. Bunganya berwarna merah, kuning, dan merah jambu. Jenis ini mempunyai pertumbuhan yang agak lambat dan memerlukan sinaran matahari yang banyak untuk mengeluarkan bunga.
Ixora Sunkist - Mempunyai daun kecil, pokoknya tidak berapa besar dan mempunyai bunga yang berwarna merah, kuning, merah jambu, jingga dan bunga ini tidak berhenti-henti mengeluarkan bunga. Ditanam ditempat yang terbuka atau separuh lindung. Juga sesuai ditanam pada taman-taman dan pengurusannya juga agak mudah.

Ada dua cara pembiakan iaitu Pembiakan Tut ( marcot ) atau pembiakan batang ( culturing ). caterpilar, adalah serangga perosak yang menyerang atau memakan pada kuntum bunga yang masih mudah atau yang matang. Untuk pengawalan, ianya hendaklah disembur dengan racun serangga Malathion atau Dimethoete pada pokok-pokok bunga.


Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau