BENDAHARI

......  
Nama
: Nurfawizza Arida Aldana
Jawatan Hakiki
: Penolong Akauntan
Gred
  WA 27
E-Mail
: Nurfawizza.Aldana@sabah.gov.my
Nombor Telefon
: 089-701630

BAHAGIAN PERBENDAHARAAN
OBJEKTIF BAHAGIAN
  • Memastikan semua hasil Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dipungut dengan cara yang berkesan.
  • Memastikan semua pembayaran dilakukan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
  • memastikan segala urusan kewangan dan perakaunan diselenggarakan dengan cekap, jujur, amanah dan bersistematik
    selaras dengan prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.
  • Memastikan semua hasil Majlis Perbandaran Tawau dipungut dengan cara yang berkesan.

PIANGAM PELANGGAN

-Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati hati setiap pelanggan yang berurusan dengan
.kami.

-Memastikan urusan kewangan dikendalikan dengan teratur serta mengikut peraturan-peraturan yang digunapakai dari semasa .
.
ke semasa.

-Memastikan Resit Cukai Pintu dikeluarkan kepada pembayar cukai bila mengemukakan bayaran. ( memastikan Bil Cukai Pintu .dikeluarkan kepada pembayar cukai.sebanyak dua ( 2 ) kali setahun iaitu 24 Januari dan 31 Julai setiap tahun ).

-Memastikan Kaunter Perkhidmatan terus beroperasi pada waktu-waktu seperti berikut:-

Hari
Masa / Waktu
Tempat
Isnin - Khamis 08.00 Pagi - 03.00 Petang
Pejabat Majlis Perbandaran Tawau
( MPT )
Jumaat 08.00 Pagi - 11.30 Pagi
02.00 Petang - 03.00 Petang
Sabtu 08.00 Pagi - 10.00 Pagi

~ Penukaran Hak Milik Tanah dan Bangunan akan diproses selewat-lewatnya satu ( 1 ) bulan dari tarikh permohonan diterima ...dengan syarat dokumen yang diterima dari pemohon adalah lengkap dan teratur.

~ Menyediakan Kaunter Perkhidmatan Khas untuk pelanggan yang memerlukan penerangan dan rujukansecara terperinci.

...Memastikan urusan pembelian dan bekalan diselenggarakan dengan cepat agar memenuhi keperluan kerja semasa tertakluk
...kepada peruntukan dan bekalan yang ada.

~ Memastikan urusan pembayaran dapat dijelaskan bagi tempoh satu ( 1 ) bulan dari tarikh penerimaan tuntutan.

FUNGSI BAHAGIAN

~ Mengawal, menyediakan serta menyelenggara rekod perakaunan, penyata kira-kira dan anggaran perbelanjaan perlaksanaan ...kerja-kerja mengutip hasil serta menentukan perbelanjaan Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ).

...Fungsi-fungsi di atas dilaksanakan oleh beberapa unit sokongan seperti berikut :-

...- Unit Cukai Pintu
...- Unit Akaun
...- Unit Komputer
. .- Unit Pendadbiran Am
. .- Unit Pembelian
...- Unit Gaji & Elaun
...- Unit Kaunter Pungutan Hasil
. ,- Unit Rekod Lesen

STRATEGI

....- Mengemaskini rekod-rekod kewangan dengan lebih awal dan menyediakan penyata kewangan MPT dengan sempurna
......dan mengemukakan kepada Majlis mengikut tempoh seperti yang dikehendaki oleh Ordinan Kuasa-Kuasa Tempatan
......Negeri Sabah.

....- Mengemaskini sistem pungutan hasil agar kutipan hasil dapat ditingkatkan.

....- Mencari peluang-peluang pelaburan untuk menambahkan hasil.

....- Memberi latihan bersistematik kepada kakitangan dari segi perakaunan dan menggunakan Komputer.