TIMBALAN SETIAUSAHA OPERASI

.

 

Nama
: Mohd Shoffian Mohd Said
Jawatan Hakiki
: Pegawai Tadbir
Jawatan Dalam Organisasi
: Timbalan Setiausaha Operasi
Gred
: N 41
E-Mail
: MohdShoffian.MohdSaid@sabah.gov.my
Nombor Telefon
: 089-701710

BAHAGIAN OPERASI
PIAGAM PELANGGAN
FUNGSI


~ Kami berjanji melaksanakan tanggungjawab dengan mesra, sopan, cekap dan
...cekal.

~ Memastikan kawasan-kawasan di perkadaran Majlis sentiasa berkeadaan
...bersih.

~ Setiap aduan yang diterima oleh Bahagian Operasi akan dilaksanakan dalam
...tempoh 24 jam tertakluk kepada situasi aduan diterima.

~ Memastikan setiap tindakan yang dilakukan oleh seksyen atau unit di bawah
...Bahagian Operasi berlandaskan undang-undang yang telah diperuntukkan.

~ Memastikan parit / longkang dikawasan Majlis dibersihkan mengikut keperluan
...awam dan seperti yang dijadualkan dari masa ke semasa:-

Kawasan
Tarikh
Pengendalian
* Perbandaran
2 Minggu Sekali
Majlis Perbandaran Tawau
* Komersil
2 Minggu Sekali
Majlis Perbandaran Tawau / Kontraktor
* Perumahan
3 Bulan Sekali
Kontraktor
* Perindustrian
3 Bulan Sekali
Kontraktor

~ Memastikan kerja-kerja pemotongan rumput dilaksanakan mengikut keperluan
...awam dan seperti yang dijadualkan dari masa ke semasa:-

Kawasan
Tarikh
Pengendalian
Kawasan Lapang
2 Minggu Sekali
MPT
Rumah Kerajaan
3 Bulan Sekali
MPT
Taman Permainan Kanak-kanak
3 Bulan Sekali
MPT
Taman Rekreasi
3 Bulan Sekali
Kontraktor
Taman Perumahan
3 Bulan Sekali
Kontraktor
Tepi Jalan Raya
3 Minggu Sekali
Kontraktor

~ Memastikan kutipan sampah di kawasan perkadaran Majlis oleh pihak
...Kontraktor yang dilantik dilaksanakan seperti yang dijadualkan:-

Kawasan
Tarikh
Komersil Sekali ( 1 x ) Setiap Hari
Perumahan 3 Kali Seminggu
Perindustrian 2 Kali Seminggu

~ Tindakan segera dalam tempoh 24 jam akan diambil ke atas aduan mengenai
...saluran najis, parit dan penyedutan tangki najis.


~ Operasi Perkhidmatan
...Kebersihan / Penyelenggaraan :
.....i. Sapu jalan / Potong rumput / Parit / Longkang
....ii. Pembuangan dan Pungutan Sampah Sarap.
...iii. Kebersihan Kedai / Gerai Makan / Restoran.
...iv. Kebersihan Tandas Awam.

~ Kebersihan Alam Sekitar ( bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar )


~ Memastikan semua pelanggan yang berurusan dengan Unit Penguatkuasa diberi
...layanan dengan baik dan bersopan.

~ Menyiasat dan mengambil tindakan ke atas aduan awam dalam tempoh tiga ( 3 )
...hari kecuali kes-kes yang perlu di rujuk kepada unit lain.

~ Memastikan kompaun kesalahan undang-undang kecil letak kereta dalam tempoh
...satu ( 1 ) bulan.

~ Memastikan kompaun kesalahan undang-undang kecil anti sampah sarap
...dijelaskan oleh pesalah dalam tempoh dua ( 2 ) minggu.

~ Tindakan penguatkuasa undang-undang Majlis dilaksanakan secara adil dan
...saksama.

~ Menyalurkan / memberi maklumat dengan jelas dan tepat.

~ Penguatkuasaan dari segi :-
.....i. Anti Litter.
....ii. Kompaun.
...iii. Kawalan / Pembinaan struktur Rumah / Bangunan Haram.
...iv. Kawalan Penjaja Haram.
....v. Kawalan Letak Kereta / Rantai Kereta.

~ Memberi perkhidmatan kaunter dengan mesra, bersopan, cekap dan
...bertanggungjawab.

~ Memberi Khidmat tunjuk ajar / panduan mengisi borang-borang permohonan
...lesen.

~ Memproses dan membuat keputusan kepada permohonan lesen baru dalam
...tempoh 40 hari dari tarikh di daftar dengan syarat dokumen yang dikepilkan
...lengkap.

~ Memproses pembaharuan lesen berniaga dalam tempoh ( 1 ) minggu dengan
...syarat dokumen yang lengkap dikepilkan.

~ Memproses pembaharuan lesen berjaja dan lesen operasi dalam tempoh tiga ( 3 )
...minggu dengan syarat dokumen yang lengkap dikepilkan.

~ Jadual Kaunter pengambilan borang permohonan lesen berjaja / bergerak dan
...operasi seperti berikut :-

Hari Masa
Isnin - Khamis 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Jumaat 8.00 Pagi - 11.30 Pagi
2.00 Petang - 5.00 Petang

~ Jadual Kaunter Lesen Berniaga adalah seperti berikut :-

Hari Masa
Isnin - Khamis 8.00 Pagi - 5.00 Petang
Jumaat 8.00 Pagi - 11.30 Pagi
2.00 Petang - 5.00 Petang

 

 

 

GARIS PANDUAN PELESENAN PERNIAGAAN
A. Presiden bertindak sebagai Pengerusi Perlesenan untuk ..... mengeluarkan lesen-lesen dibawah:
i. Ordinan Perlesenan Perniagaan 1948 Cap.144.
ii. Akta Eksais 1976 - Lesen Liquor yang boleh memabukan
iii.Auctioneer Ordinance (Sabah) Cap.9
B. Bayaran lesen perniagaan : 1 Tahun RM 25.00
C. Didaerah Tawau,jenis-jenis lesen Premis Perniagaan yang selalu dipohon dibawah ordinan Pelesenan Perniagaan 1948 adalah seperti berikut :
1. CARA-CARA MEMOHON LESEN PREMIS PERNIAGAAN
i. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mestilah penduduk tempatan atau penduduk tetap di Sabah.
ii. 1 salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan benar.
iii.1 salinan borang permohonan lesen perniagaan.
iv.1 salinan surat perjanjian premis perniagaan
v. 1 salinan pas kerja bagi rakan kongsi yang berasal dari Sarawak atau semenanjung Malaysia.
2. TEMPOH UNTUK MENGELUARKAN LESEN PERNIAGAAN (BARU)

Masa yang diperlukan untuk mendapatkan lesen berniaga yang tidak berisiko adalah 2 hari dan bagi yang berisiko adalah tertakluk kepada permohonan, adakalanya memerlukan pelan pengubahsuaian ataupun dikemukakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan yang diadakan setiap bulan.
3. TEMPOH SAH BAGI LESEN PERNIAGAAN

Tempoh sah bagi lesen perniagaan adalah sehingga 31 Disember setiap tahun.

4. PERMOHONAN (PEMBAHARUAN) LESEN PERNIAGAAN

Pemohon perlu mengisi borang lesen berniaga dengan lengkap dan sekiranya pemilik premis tidak mempunyai sebarang tunggakan cukai bangunan/tanah dengan Majlis, maka lesen boleh dikeluarkan dalam masa 1 hari.

5. LESEN PERNIAGAAN MESTILAH DIPAMERKAN DI PREMIS PERNIAGAAN YANG MUDAH DILIHAT
GARIS PANDUAN PELESENAN BERJAJA
Local Goverment Ordinant 1961
(No.11 of 1961)
A. Presiden bertindak sebagai Pengerusi Pelesenan untuk mengeluarkan lesen-lesen dibawah :

Undng-undang Kecil MPT (Am) 1956
JENIS LESEN BERJAJA ADALAH SEPERTI BERIKUT :
i. Gerai-gerai MPT
ii.Gerai-gerai Swasta
iii.Penjaja bergerak
iv.Penjaja Statik
v.Medan Makan
vi.Pasar malam
B. Bayaran lesen berjaja adalah seperti berikut :
i. Sekiranya gerai MPT kadar bayaran adalah berpandukan jenis jualan.
ii.Bergerak RM12.00 sebulan
iii.Statik RM30.00 sebulan
iv.Pasar malam RM15.00 sebulan
1. CARA-CARA MEMOHON LESEN BERJAJA
i. Pemohon mestilah berumur 18 tahun keatas dan mestilah warganegara Malaysia.
ii. 1 salinan borang permohonan lesen berjaja.
iii.1 salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan benar.
iv.1 keping gambar ukuran paspot
v. Salinan sijil pengendalian makanan dan sijil kesihatan sekiranya menjual makanan dan minuman.
2. TEMPOH SAH LESEN BERJAJA

Tempoh sah bagi lesen berjaja adalah sehingga 31 Disember setiap tahun.
3. PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN BERJAJA

Pemohon perlu mengisi borang permohonan lesen berjaja dengan lengkap dan sekiranya mempunyai tunggakan pemilik harus menyelesaikanya terlebih dahulu.

4. LESEN BERJAJA MESTILAH DIPAMERKAN DI GERAI/PASAR YANG MUDAH DILIHAT
 

 



(REGISTRATION AND CONTRO OF DOGS) BY LAWS 1963
( G.N.L 43 OF 1964 )

GARI PANDUAN MEMOHON LESEN ANJING

1. Semua anjing yang berumur enam bulan keatas hendaklah dilesenkan dibawah undang-undang ( Registration and Control of Dogs ) By Laws 1963 (G.N.L 43 of 1964).
2. Bayaran lesen anjing adalah seperti berikut :
i. Anjing betina - RM 10.00
ii.Anjing Jantan - RM 5.00
3. Borang Permohonan lesen Anjing boleh didapati dikaunter no 18 atau 19 di Bahagian Perlesenan, Tingkat bawah , Majlis Perbandaran Tawau.

4. Perlu disediakan dokumen-dokumen seperti berikut semasa membuat permohonan :

i . 1 salinan kad pengenalan pemohon.
ii. 1 salinan Sijil suntikan dari Jabatan Haiwan.
5 .Lencana yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Tawau hendaklah digantung di leher anjing pada setiap masa.

6. Tempoh untuk mengeluarkan lesen anjing adalah satu hari

 

LESEN RUMAH AWAM */LESEN RUMAH BIR*
PUBLIC HOUSE LICENCE*/BEER HOUSE LICENCE
Akta
Eksais 1976 (Seksyen 35 (1) (a) */35 (1) (b)*)
GARIS PANDUAN PELESENAN MINUMAN ARAK
( LIQUOR
YANG MEMABUKAN )
Majlis Perbandaran Tawau selaku Urusetia Lembaga Pelesenan Eksais Bahagian Pantai Barat Sabah adlah bertanggungjawab untuk mengatur Mesyuarat Lembaga untuk pemprosesan permohonan lesen bagi menjual minuman keras di Bahagian Tawau, Sabah yang dikenakan lesen ialah minuman keras yang memabukan ataupun yang mengandungi lebih 2% alkohol.
A) CARA-CARA MEMOHON LESEN MINUMAN ARAK
I. Pemohon mestilah mempunyai lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Tawau.
II. Pemohon mestilah pemilik tunggal atau seorang rakan kongsi utama atau seorang pengarah dalam sebuah Syarikat Berhad atau orang yang diberi kuasa oleh pihak Syarikat berkenaan.
III. Pemohon mestilah bukan beragama Islam.
IV. Pemohon hendaklah mengiklankan permohonanya dalam dua buah akhbar tempatan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris selama dua hari berturut-turut atas perbelanjaanya sendiri mengikut format dan cara yang ditetapkan oleh Lembaga. Iklan itu semestinya dibuat dua minggu sebelum tarikh Mesyuarat Lembaga tersebut.
V. Permohonan hendaklah dibuat 4 salinan borang khas dan dimajukan kepada Lembaga Perlesenan Eksais Bahagian Tawau beserta dokumen-dokumen berikut :
a) Salinan lesen perniagaan dan borang 49 dan 9 jika Syarikat Sdn Bhd.
b) 4 salinan keratan iklan permohonan lesen yang disiarkan dalam akhbar.
c) Permohonan perlu ada ulasan daripada Ketua Polis Daerah Tawau dan Pihak Jabatan Kastam dan Eksais akan dipertimbangkan dan keputusan dibuat oleh Lembaga Pelesenan Eksais dalam Mesyuarat yang telah ditetapkan.
d) Permohonan yang telah diluluskan akan diberi lesen bagi tempoh setahun iaitu sehingga 31 Disember pada setiap tahun sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.



LESEN RUMAH AWAM */LESEN RUMAH BIR*
PUBLIC HOUSE LICENCE*/BEER HOUSE LICENCE
Akta
Eksais 1976 (Seksyen 35 (1) (a) */35 (1) (b)*)
A. LESEN MINUMAN ARAK ADALAH TERBAHAGI KEPADA 5 JENIS IAITU :
1. LESEN RUMAH AWAM

i) Rumah Awam Kelas 1 (Kemudahan Kelas Mewah)
Kadar lesen - RM1,320.00 setahun
Masa Perniagaan - 10.00 Pagi - 12.00 Malam

ii) Rumah Awam Kelas 2 (Kemudahan Kelas Sederhana)
Kadar Lesen - RM960.00 setahun
Masa Perniagaan - 10.00 Pagi - 10.00 Malam

iii) Rumah Awam Kelas 3 (Kemudahan Kelas Biasa)
Kadar Lesen - RM660.00 setahun
Masa Perniagaan - 10.00 Pagi - 08.00 Malam

iv) Lesen Rumah Bir (Dibenarkan menjual Stout & Bir sahaja)
Kadar Lesen - RM660.00 setahun

v) Lesen Kedai Runcit
Kadar Lesen - RM420.00 Setahun

vi) Lesen Borong
Kadar Lesen - RM540.00