Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S
Kaunter Pembayaran Majlis Perbandaran Tawau ( MPT ) Isnin - Khamis 8.00 Pagi - 3.00 Petang, Jumaat 8.00 Pagi - 11.30 Pagi, 2.00 Petang - 3.00 Petang, Sabtu 8.00 Pagi - 1.00 Petang. Ahad & Cuti Umum TUTUP

Cukai Pintu

Bertujuan untuk memudahkan segala urusan berkenaan dengan cukai perkadaran yang perlu dijelaskan oleh pemilik harta. Cukai yang dimaksudkan termasuklah cukai pintu bagi harta yang berada di dalam kawasan perkadaran
(rating area) dan cukai tanah bagi tanah yang berada di luar kawasan perkadaran.

Pembayaran

Boleh dibuat di Kaunter Pungutan Cukai Tingkat Bawah, Bangunan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Bil hendaklah dikemukakan semasa membuat pembayaran. Pembayaran Melalui cek atas nama
"MAJLIS PERBANDARAN TAWAU" Hendaklah di pangkah "AKAUN PENERIMA SAHAJA". Diskau sebanyak 5% akan diberi sekiranya cukai dibayar penuh atau tidak kurang 2 suku yang dibayar sebelum 30hb Januari tahun yang sama. Bayaran boleh dibuat mengikut suku tahun :-

Suku Tahun Pertama.~ Januari.- Mac
Suku Tahun Kedua ~ April - Jun
Suku Tahun Ketiga ~ Julai - September
Suku Tahun Keempat ~ Oktber - Disember

Resit yang dicetak dengan mesin atau yang ditulis dan ditandatangai akan dikeluarkan bagi setiap pembayaran

Bayaran Tambahan (SURCAJ)

Bagi akaun yang belum di bayar selepas akhir pembayaran, pihak Majlis Perbandaran Tawau (MPT) berhak mengenakan surcaj 0.5% sebulan.


Penukaran Alamat/Hak Milik


Hendaklah hubungi atau datang terus ke pejabat:

Majlis Perbandaran Tawau,
Seksyen Cukai Pintu,
Bahagian Perbendaharaan,
Peti Surat 412, 91007 Tawau, Sabah.

No. Telefon : 089-701639
No. Faks..... : 089-701631


Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau