Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S

LOGO KOPRAT MAJLIS PERBANDARAN TAWAU

Maksud Disebalik Simbol Yang Terdapat Dalam Logo Majlis Perbandaran Tawau
BENTUK
MAKSUD
Huruf "t" Sengaja ditonjolkan untuk memudahkannya dikenali sebagai Bandar Tawau. Keadaan huruf yang berbentuk garisan kembar dan derterusan serta pertemuan empat simpang hala yang memberikan gambaran Bandar Tawau sebagai pintu masuk kepada dunia pelancongan.
Melambangkan kota dan simbol pembangunan serta perlindungan awam.
Bangunan perkilangan ( perindustrian ) melambangkan kemajuan dan perkembangan ekonomi daripada sumber-sumber dan hasil-hasil yang terdapat di Tawau. Misalnya koko, kelapa sawit, getah kayu-kayan dan hasil laut.
Taman dan perumahan melambangkan taman-taman rekreasi dan perancangan pembangunan perbandaran. Garisan putih melambangkan kebersihan dan pengawasan kesihatan awam.
Bulatan kuning melambangkan nadi serta pergerakan kepada pengurusan dan pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau.
MAKSUD WARNA
Warna Putih Bersih dan keikhlasan
Warna Kuning Kemakmuran dan kedaulatan undang-undang
Warna Biru Keharmonian
Warna Merah Semangat Perjuangan


Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau