Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S

MASJID AL-KAUTHAR TAWAU

Alamat: Masjid Al Kauthar Tawau
Jalan Pantai,
Tawau, Sabah 91000, MALAYSIA
Telefon: 089-767878
Fax: 089767879

Masjid Al-Kauthar atau Masjid Besar Tawau adalah sebuah masjid di Tawau. Ia merupakan masjid terbesar di Sabah dan di dirikan bersebelahan dengan laut. Masjid ini boleh menampung sehingga 16,000 jemaah. Masjid Mula dibina pada tahun 1997 dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2002. Pembinaan Masjid Al-Kauthar menelan belanja sebanyak RM 38 juta

Masjid ini mempunyai dua tingkat kesemuanya. Tingkat pertama adalah tingkat untuk jemaah lelaki menunaikan solat, manakala tingkat kedua untuk jemaah wanita. Tingkat bawah pula adalah untuk menampung jemaah sekiranya tingkat satu dan dua telah penuh. Di tingkat bawah, terdapat kawasan yang mempunyai diding boleh alih digunakan untuk mengasingkan jemaah lelaki dan wanita.

SEJARAH

Dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu yakni Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 13 Ogos 2004. Pada
13 September 2009,sekali lagi Masjid Al-Kauthar mencipta sejarah apabila ianya dikunjungi oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengikuti Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat tawau pada tahun 2006. (Klik di Sini Untuk Gambar)

KEMUDAHAN

Masjid ini menyediakan dua cara untuk berwuduk iaitu cara moden dan cara kampung. Cara moden adalah dengan menggunakan paip air untuk berwuduk. Di masjid ini tersedia khas bilik untuk mengambil wuduk masing-masing bagi lelaki dan wanita. Di dalam bilik wuduk tersebut juga tersedia bilik air serta tandas. Bagi cara kampung pula, sebuah kolam air besar disediakan. Selain kemudahan untuk beribadah, masjid ini turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain. Antaranya:

  • Petak letak kereta sebanyak 500 buah petak kereta
  • Dewan Persidangan
  • Pejabat Imam
  • Bilik Pentadbiran dan Bilik Penyelenggaraan Jenazah.
  • Perpustakaan
  • Dewan Seminar
  • Tempat menyimpan kasut dan barang.
  • Gerai menjual makanan, pakaian, alat-alat kelengkapan solat dan banyak lagi.


Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau