Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S


Ybhg. Tuan Alijus Hj. Sipil
Perutusan Presiden Majlis Perbandaran Tawau



Saya dengan ini, mengalu-alukan lawatan anda ke Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Laman ini disiapkan atas daya usaha pegawai dan kakitangan Majlis ini, hasil pengalaman yang diperolehi daripada bengkel Adobe Dreamweaver dan Mengemaskinikan Laman Web Jabatan yang dianjurkan oleh Institut Latihan Sektor Awam (INSAN) dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Cawangan Tawau.

Laman ini menekankan kepada aspek penyebaran maklumat sebanyak mungkin khususnya untuk memudahkan pelanggan kami dan juga pihak anda berurusan dengan jabatan ini. Semoga matlamat anda untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan tercapai. Jika maklumat yang anda perlukan tidak diperolehi dalam laman ini, sila hubungi kami melalui kemudahan e-mail yang disediakan untuk tindakan lanjut pihak kami.

Jangan lupa, E-Melkan apa-apa komen anda khususnya yang bertujuan untuk memperbaiki lagi Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Tawau (MPT) terus kepada saya. Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian anda melawat Laman Web kami.




Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau