Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang mesra, berkualiti serta berusaha menepati kehendak pelanggan sesuai dengan Objektif dan Fungsi Majlis Perbandaran Tawau.

1) Berusaha memberi perkhidmatan, layanan mesra dan berkualiti kepada orang ramai.

2) Melaksanakan sistem pengurusan dan perkhidmatan dengan sistematik dan berkesan.

3) Berusaha meningkatkan taraf kesihatan. kebersihan dan keindahan alam sekitar melalui perancangan, perlaksanaan ....dan pengawasan yang menyeluruh.

4) Menyediakan kawasan perniagaan dan menyelanggara kemudahan awam.

5) Menyediakan penilaian harta secara adil bagi maksud taksiran dan menguruskan harta tetap Majlis Perbandaran Tawau dengan cekap dan amanah.

6) Merancang dan memantau pembangunan dengan teratur agar mencapai imbangan yang baik dalam pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi.


Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau