Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S

PANTUN EMPAT KERAT

1. PANTUN UNTUK TAHUN BAHARU
Pulang Kerumah Berjumpa Ibu,
Keluarga Ada Semua Di Rumah,
Kini Berada Di Tahun Baharu,
2016 Membawa Tuah,
Manis Juga Si Buah Jambu,
Diikat-ikat Dibawah Ke Rumah,
Kini Berada Di Tahun Baharu,
2016 Membawa Tuah,
Keluarga Ada Semua Di Rumah,
Berbincang, Berpakat Dan Berencana,
2016 Membawa Tuah,
Dijauhi Bala Dan Bencana,
Diikat-ikat Dibawah Ke Rumah,
Letak Di Bakul Bersama Papaya,
2016 Membawa Tuah,
Dijauhi Bala Dan Bencana
Berbincang, Berpakat Dan Berencana,
Untuk Meminang Seorang Dara,
Dijauhi Bala Dan Bencana,
Agar Hidup Aman Bahagia,
Letak Di Bakul Bersama Pepaya,
Dikupas Dihidang Oleh Si Dara,
Dijauhi Bala Dan Bencana,
Agar Hidup Aman Bahagia,
2. PANTUN SEHATI SEJIWA
Hijau Warnanya Sayur Peria,
Molek Rupa Pahit Rasanya,
Agar Hidup Aman Bahagia,
Perpaduan Dan Persefahaman Perlu Dijana,
Pucuk Paku Dan Ulam Raja,
Itulah Makanan Tradisi Kita,
Semangat Juang, Cekal Dan Usaha,
Demi Agama. Nusa Dan Bangsa,
Molek Rupa Pahit Rasanya,
Itulah Dia Sayur Peria,
Perpaduan Dan Persefahaman Perlu Dijana,
Melalui Cogan Kata 'Sehati Sejiwa',
Itulah Makanan Tradisi Kita,
Yang Terkenal Seluruh Nusantara,
Demi Agama, Nusa Dan Bangsa,
Malaysiaku Indah Damai Sentosa,
Itulah Dia Sayur Peria,
Pucuk Paku Dan Ulam Raja,
Melalui Cogan Kata 'Sehati Sejiwa',
Semangat Juang, Cekal Dan Usaha,
Nukilan oleh:
En. Bistari Sinari
Unit Iklan
Bhg. Pembangunan Dan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Tawau


Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau