Laman Utama | Profil MPT | Perkhidmatan | Aktiviti | Info Tawau | Galeri | Borang | Aduan Awam | Amalan 5S

SOALAN LAZIM

1) Apakah itu Cukai Taksiran Am?
....
Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu Ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan operasi
....Majis Perbandaran Tawau seperti:-

....a) Bangunan Kediaman ( Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo Dan Lain-Lain.
....b) Bangunan Perniagaan/Perdagangan ( Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel Dan Lain-Lain.
....c) Bangkel, Sistem Minyak Dan Panggung Wayang.
....d) Bangunan Perindustrian ( Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang Dan Lain-Lain )


2) Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Parbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT )?
....Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:-

....a) Majlis/Dewan Bandaraya
....b) Majlis Perbandaran
....c) Majlis Daerah

....~Majlis/Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah.memenuhi kriteria tertentu, kriteria bagi
......Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk.yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

....~Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar ( urban ) jika dibahagikan dengan Majlis.Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil
......yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan
......melebihi.RM5 juta.

....~Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar ( rural-based ). Kriteria bagi Majlis Daerah.ialah jumlah penduduk kurang daripada
......100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada. RM5 juta.

3) Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian.Perumahan dan Kerajaan Tempatan
... ( KPKT )?
.....Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugasan KPKT adalah untuk menyelaras
.....PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan
.....penyaluran.peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.


Copyright © 2013 Laman Web Majlis Perbandaran Tawau