Bunga Rasmi Majlis Perbandaran Tawau

Majlis Perbandaran Tawau 10:28 AM [4/4/2017] bunga

Dalam tahun 1989 Majlis Perbandaran Tawau sudah menetapkan Bunga Ixora yang juga dikenali sebagai Jejarum atau Siantan, sebagai Bunga Rasmi Majlis Perbandaran Tawau, tetapi ianya belum dihebahkan dengan meluas atau diiktiraf sepenuhnya.

Pada 26 November 1994 Majlis Perbandaran Tawau mencipta lagi satu sejarah apabila Y.B Datuk Michael Lim yang mewakili Y.A.B Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj. Sakaran Bin Dandai, Yang Di-Pertua Negeri Sabah Kelapan ( 1 Jan 1995 - 31 Dis 2002 ) telah mengistiharkan Bunga Ixora sebagai Bunga Rasmi Majlis Perbandaran Tawau.

Sebagai susulan dan juga untuk menanam sikap sayang dan cintakan bunga-bunga, Hari Bunga telah diadakan bermula daripada 07 Januari 1995 hingg 13 Januari 1995 dengan mengadakan pameran bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan, disamping mengadakan pertandingan mengubah bunga-bunga hidup dan bunga-bunga tiruan.