.

Unit Perlesenan

Majlis Perbandaran Tawau 12:49 AM [6/4/2017] perkhidmatan

Pengenalan

Unit Perlesenan adalah satu unit yang dikhaskan untuk mengeluarkan semua jenis lesen seperti: Lesen Kedai Runcit, Kedai Kopi, Restoran, Saloon Kecantikan, Bangkel, Karaoke, Petroleum, dan juga lesen-lesen berjaja diseluruh Pasar Tawau termasuk lesen berjaja tetap dan bergerak.

FUNGSI

Fungsi utama Unit Perlesenan adalah untuk memastikan semua penjaja-penjaja di seluruh Pasar Tawau dikenakan lesen mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Tawau dan memenuhi syarat-syarat pemilikan lesen majlis.

TANGGUNGJAWAB

Unit Perlesenan bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen berjaja Majlis Perbandaran Tawau (MPT) mahupun lesen operasi di Daerah Tawau. Ianya juga bertanggungjawab untuk mengeluarkan lesen anjing dan mengemaskinikan pendaftaran penjaja-penjaja baharu dan juga pelesen-pelesen operasi yang baharu.