Pengenalan Majlis Perbandaran Tawau
Majlis Perbandaran Tawau (MPT) merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab dalam merancang, mentadbir serta melaksanakan pengurusan perkhidmatan perbandaran di kawasan pentadbirannya selaras dengan peruntukan undang-undang dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Penubuhan MPT adalah bertujuan untuk memastikan pembangunan bandar dilaksanakan secara terancang, mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan tadbir urus yang baik, MPT komited dalam melaksanakan fungsi pentadbiran, penyampaian perkhidmatan awam serta penguatkuasaan undang-undang kecil dengan cekap, telus dan berintegriti. Antara bidang tanggungjawab utama MPT merangkumi perancangan dan kawalan pembangunan, pengurusan persekitaran dan kebersihan bandar, penyelenggaraan infrastruktur awam, kesihatan persekitaran serta pengurusan lesen dan penguatkuasaan.
Sejajar dengan agenda pembangunan mampan dan keperluan semasa, MPT turut menitikberatkan aspek kelestarian alam sekitar, keselamatan awam serta kesejahteraan sosial dalam setiap pelaksanaan dasar dan inisiatif yang dilaksanakan. Usaha penambahbaikan perkhidmatan secara berterusan turut dilaksanakan melalui penggunaan teknologi digital, inovasi sistem penyampaian perkhidmatan serta pengukuhan keupayaan modal insan.
MPT juga menggalakkan penglibatan dan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat bagi memperkukuh pembangunan bandar yang inklusif dan seimbang. Melalui pendekatan ini, MPT beriltizam untuk mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, selamat, berdaya huni dan berdaya saing, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau.
Latar Belakang
Majlis Perbandaran Tawau telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1982 melalui Change of Status and Amalgamation Enactment 1981, yang meluluskan percantuman antara Lembaga Bandaran Tawau dengan Majlis Daerah Luar Bandar. Penubuhan ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh pentadbiran dan pengurusan perbandaran di daerah Tawau.
Selaras dengan perkembangan pesat bandar Tawau, status bandar ini telah dinaik taraf kepada sebuah Perbandaran dan seterusnya dikenali sebagai Majlis Perbandaran Tawau. Penaiktarafan ini membolehkan pentadbiran perbandaran dilaksanakan dengan lebih berkesan, terancang dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan pembangunan serta kesejahteraan penduduk.
Struktur pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau diketuai oleh seorang Presiden, yang dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan serta 24 orang Ahli Majlis. Struktur ini berperanan memastikan pengurusan, perancangan dan penyampaian perkhidmatan perbandaran dapat dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berintegriti.
Visi dan Misi
Visi
Menjadikan Majlis Perbandaran Tawau bandar sempadan yang dinamik dan mampan menjelang 2027 .
Misi
Memacu transformasi untuk memperkasaka penyampaian perkhidmatan awam dan pembangunan melalui tadbir urus yang efisien, berdaya saing dan berintegriti demi kesejahteraan masyarakat.
Objektif
- Memastikan perancangan yang lebih komprehensif, dinamik, moden, berwawasan dan berdaya huni.
2. Memastikan bandar tawau bersih, selesa, indah dan aman.
3. Menyediakan lebih banyak peluang-peluang perniagaan kepada penduduk setempat dalam usaha meningkatkan ekonomi.
4. Memastikan masalah setinggan dapat diminimakan agar semua lapisan masyarakat berpeluang menikmati arus pembangunan.
5. Mewujudkan lebih banyak kawasan riadah dan rekreasi untuk kesihatan dan jalinan mesra lapisan kaum.
Fungsi Utama
a) Pihak Berkuasa Perancang (Planning Authority)
b) Penyedia Perkhidmatan ( Service Provider)
c) Pihak Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil
Rasional Logo Majlis Perbandaran Tawau
Warna putih melambangkan bersih dan keikhlasan
Warna kuning melambangkan kemakmuran dan kedaulatan undang-undang
Warna biru dan hijau melambangkan kemakmuran dan kedaulatan undang-undang
Warna biru dan hijau melambangkan kemakmuran dan kedaulatan undang-undang
![]()

