Dasar Privasi

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung laman web ini. Sekiranya anda membuat sebarang transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut berkemungkinan akan dikongsi bersama agensi kerajaan lain bagi tujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Contohnya, bagi menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas daripada agensi berkaitan.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini, kecuali maklumat yang anda kemukakan secara sukarela melalui e-mel atau borang dalam talian.

Pautan ke Laman Web Lain

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Sila ambil perhatian bahawa laman web lain yang dipautkan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini dan dipaparkan di halaman ini. Dengan terus melayari laman web ini, anda dianggap telah dimaklumkan dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, serta perkongsian maklumat mengikut dasar privasi yang dikemas kini.

 

 

Hak cipta Terpelihara © 2026

Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Tawau

Loading