01 November 2025, Sabtu
Kempen No “Kompek”, Ayuh Bawa Beg Plastik Sendiri telah dianjurkan oleh Bahagian Operasi, Majlis Perbandaran Tawau telah berlangsung di Kawasan Parking Bataras Hypermarket, Tawau.
YBhg. Tuan Joseph Pang, Presiden Majlis Perbandaran Tawau telah merasmikan kempen tersebut bersama-sama dengan YBhg. Tuan Mohd Shoffian, Timbalan Presiden. Turut hadir bersama Ahli-Ahli Majlis, Pak Konsulat Republik Indonesia Tawau serta agensi-agensi yang lain.
Kempen ini akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Januari 2026. Mari kita bersama-sama jadikan Tawau lebih hijau dan lestari.
Langkah kecil, impak besar. Mulakan perubahan dengan hentikan penggunaan beg plastik sekali guna dan bawalah beg sendiri setiap kali membeli-belah.
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Kalau bukan kita, siapa lagi?
#NoKompek
#MajlisPerbandaranTawau
#MalaysiaMADANI
#SabahMajuJaya
![]()