*MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT PERBANDARAN TAWAU 2026M / 1447H*
Ruang Legar Masjid Al-Kauthar Tawau
17 Januari 2026 (Sabtu)
Dengan bertemakan “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”, Majlis Tilawah dan Hafalan Al-Quran (MTHQ) 1447H/2026M kali ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Rina Haji Jainal Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Merangkap ADUN N.70 Kukusan.
Majlis juga turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Mohd Shoffian Mohd Said, Timbalan Presiden MPT merangkap Pengerusi Pelaksana Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Perbandaran Tawau, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran, Ahli Jawatankuasa Majlis, Pengerusi Masjid dan Imam-Imam, Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan JPKK, Pemimpin-pemimpin Pembangunan Masyarakat, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, dif-dif jemputan serta orang ramai.
Harapnya agar kita kembali menghayati dan mempertingkatkan usaha untuk mempelajari dan mengaplikasi Al-Quran dalam kehidupan. Dengan adanya kesedaran dalam diri sudah tentu memberikan keberkahan sepanjang hidup.
#Al-FalahPemacuMalaysiaMadani
#MajlisPerbandaranTawau
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani
![]()