Pada 05 Mei 2026 Pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ( Sektor Landskap dan Kelestarian) telah menganjurkan program “Landscape Talk: Tree Maintenance 2026” bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah.
Program yang berlangsung selama tiga (3) hari ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta mutu pengurusan dan penyelenggaraan pokok dalam kalangan pihak berkuasa tempatan. Antara peserta yang hadir ialah Cik Disah binti Dulamit dan Tn Jeffri Arman wakil daripada Majlis Perbandaran Tawau serta beberapa PBT lain di Sabah.
#MajlisPerbandaranTawau #MPT #LandskapTawau #SeksyensenibinalandskapdankecantikanTawau #BahagianKejuruteraan