Program Jelajah Aspirasi Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sabah adalah sebagai usaha untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta mempereratkan hubungan antara kepimpinan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Dalam Jelajah Aspirasi ini, Majlis Perbandaran Tawau telah memberikan taklimat kepada Menteri mengenai Perancangan Pembangunan di Daerah Tawau antaranya adalah taklimat mengenai Profil Daerah Tawau, Hasil Kewangan Majlis, Perancangan Pembangunan Majlis, Aduan Awam dan Isu dan Cabaran yang dihadapi oleh Majlis.
Dengan balasan ucapan Menteri telah menyampaikan amanat beliau tentang penekanan kepada peningkatan mutu perkhidmatan PBT dan memperkukuh kepercayaan masyarakat kepada PBT. Menteri juga menegaskan usaha penambahbaikan berterusan diperlukan daripada semua PBT untuk memastikan perkhidmatan yang cekap serta berkualiti.
Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, di samping memperkasa pembangunan dan kesejahteraan komuniti di seluruh negeri Sabah.