Majlis Perbandaran Tawau Peti Surat 412, 91007 Tawau, Sabah
Panggilan sebutharga daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan & Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA).
Warga Tawau Yang Dihormati, Pihak Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Negeri Sabah mempelawa Yang Berbahagia Datuk/Tuan/Puan untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik bagi kajian semula Pelan Tempatan Sri Tanjong, Tawau 2025-2030, yang bertujuan untuk membantu pihak kami memahami keperluan pembangunan diperingkat daerah dengan lebih baik. Input anda adalah sangat penting dalam membantu pihak kami bagi merancang masa depan kawasan anda. Terima Kasih.
Sekitar sesi perkongsian yang telah diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2024 di Dewan Persidangan, MPT. Pada perkongsian kali ini, dua kakitangan MPT, Encik Muhammad Zubair bin Supardi daripada Seksyen Perhubungan Awan dan Cik Mahani binti Subir, daripada Bahagian Teknologi Maklumat telah berkongsi pengalaman beliau berhubung Kursus yang telah di hadiri Anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN). Untuk makluman semua, sesi perkongsian seperti ini bersama warga MPT akan diteruskan pada siri akan datang dengan sesi perkongsian lain yang akan disampaikan oleh para pegawai MPT. #MajlisPerbandaranTawau #SabahMajuJaya #MalaysiaMadani
Sekitar sesi perkongsian yang telah diadakan pada hari Rabu, 24 Julai 2024 di Dewan Persidangan, MPT. Pada perkongsian kali ini, seorang pegawai MPT, Encik Muhd Ihsan bin Wahab, Jurutera MPT telah berkongsi pengalaman beliau berhubung lawatan sambil belajar ke Kyoto Jepun selama 10 hari mengenai ‘Low Carbon Society Community Hub for Capasity Building & Networking As A Model for ASEAN Countries’. Lawatan sambil belajar ini adalah atas tajaan Japan International Cooperation Agency (JICA). Untuk makluman semua, sesi perkongsian seperti ini bersama warga MPT akan diteruskan pada bulan-bulan akan datang dengan sesi perkongsian lain yang akan disampaikan oleh para pegawai MPT. #MajlisPerbandaranTawau #SabahMajuJaya #MalaysiaMadani
Kempen Hargai Makanan adalah bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat agar mengelakkan pembaziran makanan terutama sekali ketika bulan Ramadan ini. Justeru itu, masyarakat adalah disarankan untuk membeli makanan mengikut keperluan sahaja bagi menangani isu pembuangan sisa makanan yang menjadi penyumbang terbesar peningkatan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah. Seksyen Kesihatan Persekitaran Bahagian Operasi Majlis Perbandaran Tawau
Aduan kacau ganggu bau daripada masyarakat Kampung Sungai Imam diterima oleh pihak Majlis melalui Jawatankuasa Kesihatan Umum. Sehubungan dengan itu, satu (1) lawatan kerja telah diadakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal, Bukit Gemuk bagi mengenalpasti punca kacau ganggu bau berkenaan. Lawatan tersebut dihadiri oleh YDH Ahli Majlis Jawatankuasa Kesihatan Umum bersama Pegawai-pegawai Kanan Majlis Perbandaran Tawau dan Pegawai daripada Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau. Turut dihadiri Tn. Mohd. Jalani bin Hj. Chachu, PPM Merotai dan pemaju mukim N.72 Merotai. Jom lakukakan pengasingan sisa pepejal bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan sampah dan membolehkan bahan buangan diproses dengan lebih efisen. Ianya boleh membantu mengurangkan pencemaran tanah, air Dan udara dan menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar. Amalkan kitar semula bagi membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menyokong kelestarian alam sekitar.
Sekitar sesi perkongsian yang telah diadakan pada hari Jumaat, 26 Julai 2024 di Dewan Persidangan, MPT. Pada perkongsian kali ini, dua kakitangan MPT, Encik Muhammad Zubair bin Supardi daripada Seksyen Perhubungan Awan dan Cik Mahani binti Subir, daripada Bahagian Teknologi Maklumat telah berkongsi pengalaman beliau berhubung Kursus yang telah di hadiri Anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN). Untuk makluman semua, sesi perkongsian seperti ini bersama warga MPT akan diteruskan pada siri akan datang dengan sesi perkongsian lain yang akan disampaikan oleh para pegawai MPT. #MajlisPerbandaranTawau #SabahMajuJaya #MalaysiaMadani
Hak Cipta @2024 (JPKN)-BAYU. (jpkn)- JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI
Jumlah Pelawat : 151,839 Orang
Tarikh Akhir Dikemaskini : 14 / 08 / 2024 | 08:38 AM